Jumaat, 7 Ogos 2009

masalah oh masalah...

Setiap manusia yang wujud mesti mempunyai masalah, samalah seperti saya insan biasa yang diuji oleh maha penciptanya. Hari ini saya ingin menceritakan kepada anda semua mengenai perjalanan tesis saya. Ungkapan "masalah" sesuai untuk digambarkan mengenai perjalanan tesis saya ini. Hari demi hari masa berlalu dengan begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak, sedar tak sedar sekarang dah masuk minggu kelima pengajian di universiti pada semesta ini. dengan ini bermakna hanya tinggal lima minggu lagi pembentangan proposal yang akan dijalankan. Di minggu kelima telah berlaku banyak pembentangan mengenai permasalahan kajian , ada yang dipuji ada juga yang baiki. Alhamdulillah pembentangan permasalah kajian saya telah selamat dijalankan, namun begitu diluar jangkaan saya bahawa tajuk yang saya bentangkan telah dibuat oleh senior linguistik yang lepas. Bertapa hancurnya hati ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tajuk dengan kosa imu yang dikumpul, dicari, dicatat, dibentang hanya sia-sia sahaja. Namun kini atas inisiatif diri dan keyakinan yang utuh, saya telah memikirkan tajuk yang baru untuk dibentangkan kepada penyelia saya yang dikasihi iaitu pn kalthum bt ibrahim pada isnin ini. Harap-harap dalam tempoh dua hari ini dapat saya mencari kosa ilmu dan menyediakan permasalahan kajian serta objektif untuk di bentangkan pada pn kalthum pada hari isnin ini.insya'allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan