Sabtu, 6 Mac 2010

2 hadiah sekali gus... best 2..

pemberitahuan.... hari ahad ini seluruh ukm bakal menghadapi ganguan elektrik di seluruh kediaman.. namun begitu bagi kolej pendeta akan mendapat satu pakej yang amat berharga iaitu tiada air di blok a,b,g dan h. pakej tiada elektrik dan bekalan air ini hanya terdapat di kolej pendeta zaba ukm sahaja. oleh itu, di ucapkan sekalung taniah kepada semua mahasiswa-mahasiswa yang menetap di kolej tersebut...



pentingnya air dalam kehidupan seseorang..... hargai air selagi masih ada....
- pesanan kepada semua janganlah suka membazir




elektrik sumber yang amat diperlukan oleh semua manusia.
jika tiada elektrik satu malam maka bergelap la kita semua...




bayangkan jika anda hilang kedua-dua nikmat ini apa akan jadi....
jadi marilah kita sama-sama berjimat cermat... hahaha

Khamis, 4 Mac 2010

jangan main-main......teruskan melihat kehadapan tanpa menoleh ke belakang..

salam, dah lama aku tidak mengupdate blog nie.. al maklumlah dah tahun akhir, biasanya jika seseorang mahasiswa bila sebut jew tahun akhir pastinya tidak lari dengan penulisan ilmiah. Begitu jugalah dengan diri aku yang kecil seperti semua dimuka bumi yang luas terbentang nie. hahaha
apa yang aku ingin tulis hari ini ialah mengenai perihal penulisan ilmiahku ini yang tidak siap-siap lagi. hari dah semakin suntuk, waktu semakin suntuk tanpa disedari hari dah masuk minggu kesepuluh kuliah serta bulan 3.. bulan 3 merupakan bulan yang paling nazak bagi insan seperti diriku ini. apa lagi pening nga penulisan ilmiah ler...
hari semakin suntuk waktu pula berlalu jauh sedetik pun tidak pernah menunggu kita... kepada teman-teman seperjuangan juga harap ada dapat menghargai masa yang tinggal ini. isilah masa yang ada dengan penuh bertanggungjawab... jadilah insan yang menghargai masa. jom sama-sama siapkan penulisan ilmiah yanh kian dekat tarikh penghantarannya..

jom kita renung bersama-sama persoalan ini:

adakah masa menunggu kita ?
adakah kita seorang yang menghargai masa ?
sedarkah kita bahawa semakin hari semakin cepat berlalu ?
adakah masa yang ada kini dapat menyelesaikan masalah kita ?

fikir-fikirkan.....
renung-renungkan.....
hargailah masa anda yang anda walaupun tinggal sedetik pun....