Isnin, 31 Ogos 2009

salam kemerdekaan.......


sedar tak sedar dah kali ke 52 negara kita merdeka. pada tahun ini kita sambung kemerdekaan di dalam bulan mulia iaitu bulan ramadhan. Didalam bulan mulia ini kita menyambut hari kemerdekaan dengan doa selamat. itulah yang seelok-elok dilakukan bagi menyambut hari kemenangan rakyat malaysia dan mendaulat negara,bangsa dan agama. di harap dengan sambutan kemerdekaan yang sederhana ini kita dapat mengurangkan segala dosa dan maksiat berbanding dengan sambutan yang seringkali di adakan di dataran merdeka pada setiap kali bunga api di letupan maka pesta maksiat bermula. sambutan kemerdekaan kali ini ,diharapkan tiada lagi konflik politik dikalangan pemimpin negara berlaku dan diharapkan juga ekonomi negara bertambah maju serta segala pembangunan yang dirancang untuk rakyat malaysia berjalan lancar.

Khamis, 20 Ogos 2009

kaca,emas atau permata...

ungkapkan atau kata-kata diatas iaitu kaca,emas atau permata sering kali didengar,kita lihat dan mungkin kita pernah memilikinya.kaca sifatnya tidak menentu.hal ini kerana kaca bila-bila masa sahaja akan pecah jika disepak atau terjatuh daripada tangan. emas dengan erti kata lain sifatnya berkilau-kilauan menyinari kegelapan malam. itu istilah yang paling berharga bagi menunjukkan bahawa tinggi nilai emas itu seperti juga perumpaan "masa itu emas" ini menunjukan sifatnya yang amat berharga itu.permata pula sifat amat berharga lebih daripada kaca atau emas. hal ini kerana permata merupakan satu entiti yang tinggi sifatnya. " seperti perumpaan melayu anak diibaratkan seperti permata hati setiap ibu . ini menujukan sifatnya yang terlalu tinggi dimata manusia berbanding dengan emas dan kaca itu.

kita sebagai rakyat malaysia sedar tak sedar sudah mengharungi tahun 2009, bermakna 11 tahun kita akan mengharungi tahun 2020 iaitu bersamaan dengan misi perdana menteri malaysia yang keempat WAWASAN 2020. adakah kita sebagai rakyat malaysia peka dengan perkembangan bahasa rasmi negara iaitu bahasa malaysia. Didalam aktikel ini yang ingin disampaikan oleh saya disini ialah apakah taraf atau perkembangan bahasa melayu kini berbanding dengan tahun atau zaman-zaman sebelum merdeka dahulu.

pada zaman dahulu kala iaitu zaman pemerintahan melaka bahasa melayu telah tersebar dengan meluas sekali, pada zaman itu bahasa melayu menjadi bahasa pengatar diseluruh dunia. Dengan perkembangan ekonomi melaka yang berasaskan urusan import-eksport dan tempat srategik menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengatar dunia. Hal ini menunjukan bahawa tingginya martabat bahasa melayu pada zaman melaka dahulu. ia boleh diibaratkan seperti permata yang bersinar-bersinar menyinari bumi yang bertuah ini.

Namun,pada zaman penjajah british dan jepun pula bahasa melayu hanya dianggap sebagai bahasa kedua selain dituturkan dalam aktiviti harian.Bahasa rasmi pada masa itu ialah bahasa english. Penjajah telah memasukan eleman english kepada sistem bahasa melayu. Hal ini terbukti dengan perkembangan sekolah pada masa itu, dimana disekolah kebangsaan menggunakan bahasa english sebagai bahasa rasmi dan pelajar-pelajar lepasan sekolah english dipandang tinggi oleh masyarakat pada zaman itu berbanding dengan pelajar lepasan sekolah aliran agama (melayu). Hal ini boleh diibaratkan seperti kaca...

Selepas penjajah english dan perang dunia kedua, iaitu sejak kemerdekaan bahasa malaysia digariskan sebagai bahasa rasmi negara. Perkara ini bermakna bahasa malaysia menjadi tunjang kepada perkembangan negara.Segala urusan rasmi dijalankan didalam bahasa melayu , perkara ini meningkatkan lagi martabat bahasa melayu jika dibandingkan dengan dengan zaman penjajahan dahulu. Hal ini boleh diibarat seperti emas yang tinggi nilai menerangi hati dan jiwa anak bangsa.

Pada abad ke 20 ini kita sebagai rakyat dikejutkan dengan dasar-dasar dan perkembangan pembangunan negara sehingga kita digariskan sebagai negara yang sedang membangun.Namun sejak pelaksanaan dasar ppsmi didalam sistem pendidikan negara telah menjadikan bahasa malaysia sebagai bahasa yang kaku dengan perkembangannya.Bahasa penjajah menjadi pangatar bagi mata pelajar sains dan matametik. Hal ini mengeruhkan dan menjatuhkan martabat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara ini tidak bertempatan dengan hasrat perdana menteri kita yang keempat dengan wawasan 2020nya. Dimana dalam wawasan 2020 itu menyatakan bahawa kita akan maju dengan acuan sendiri. Persoalannya jika kita menggunakan bahasa english sebagai bahasa rasmi dalam ppsmi Adakah menepati ciri-ciri wawasan 2020 iaitu mengikut acuan sendiri. Zaman ini boleh ibarat seperti apa.....
pembaca-pembaca tentukan.

~adakan bahasa malaysia akan menjadi bahasa seperti emas,kaca atau permata~

~tepuk dada tanya selera~

anda sebagai rakyat malaysia yang menentukan nilai dan martabat bahasa malaysia sebagai apa.....

fikir-fikirkan,renung-renungkan...........
bahasa menujukkan bangsa
bahasa jiwa bangsa....

selamat menyambut kedatangan bulan yg paling mulia (ramadhan)


pada pukul 8.30 mlm tadi telah diumumkan oleh pemengang mohor besar majlis raja-raja bahawa hari sabtu iaitu 22/8/09 adalah hari mula-mula bermulanya tarikh bulan ramadhan. seperti biasa kita sebagai umat islam akan menjalankan satu amalan yang baik lagi mulia di sisi yang maha pencipta. Dengan kedatangan bulan yang mulia ini, diharapkan korang semua yang mengenali diri mengampukan segala salah silap saya, jika saya melakukan kesalahan terhadap anda semua tidak kira sama ada di sedari atau tidak. seperti pantun ini berbunyi :

jika ada jarum yg patah
jangan disimpan di dalam peti
jika ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati

marilah kita sama-sama dibulan baik ini bermaaf-maaflah sambil menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat islam dengan baik. semoga amalan kita lakukan mendapat berkat daripada allah s.w.t dan menjadikan kita insan yang baik serta bertanggungjawab kepada diri sendiri,keluarga ,bangsa serta negara.




Khamis, 13 Ogos 2009

tesis vs pesta konvo


13/8/09 konvo bagi siswa-siswi ukm akan bermula. di zaman darurat dengan wabak penyakit h1n1 nie ukm tetap meneruskan konvo bg siswazah-siswazah untuk menerima segulung ijazah daripada canselor ukm. tak dapat aku bayangankan bagaimana rasanya menerima segulung ijazah drpd pihak ukm akan tetapi pada tarikh keramat bg pelajar2 senior ini, bagi diriku pula tarikh ini adalah tarikh penting dan getir pada diriku. tarikh 13/8/09 aku akan menghadapi 2 peristiwa besar bagi diriku. 2 peristiwa besar itu ialah tarikh bagi pembentangan masalah untuk kelas metod dan tarikh kuiz bahasa asing. dimana kuiz itu bernilai 25% ... wah byk 2.
tesis oh tesis bagaimana agaknya dlu pelajar-pelajar senior mengatasinya. apakah agaknya strategi yang digunakan oleh pelajar senior ini dalam membuat tesis. adakah mereka merasa tertekan seperti yang aku hadapi atau adakah mereka mengatasi masalah ini dengan penuh kesabaran sehingga berjaya mendapati ijazah yang di idam-idamkan selama ini.persoalan ini muncul dalam bernak fikiranku.
tarikh ini juga memberikan aku semangat baru dalam menghadapi dugaan ini dengan berpengang kepada prinsip " ala pelajar senior boleh buat takkan aku tak dapat buat"
dengan azam baru ini ,akan aku gagahi kaki ini selalu ke ptsl dan pusat sumber pbbl untuk mencari data-data untuk tesisku ini.
konvo thn 2010 tunggu kedatangan ....huhuhu

Rabu, 12 Ogos 2009

penat nga lelah.....

minggu ini adalah minggu paling penat dalam sem ini. minggu ini byk giler program yg aku tempuhi. ari khamis nie keno bentang masalah kajian dalam kelas metod dan jawap kuiz bahasa asing yang bernilai 25 %. banyak 2.......
tesion pun ada , janji nga penyelia hendak siapkan bab 1 untuk latihan ilmiah dalam minggu nie. maknanya terpaksalah aku berkejar-kejaran ke ptsl dan pusat sumber pbbl.
oooo....... baru rasa macam mana sukarnya menjadi pelajar senior dan pelajar tahun akhir ini. kesukaran yang tak dapat dibayangkan dan digambarkan dengan tingkah laku semata-mata. harap-harap dapatlah aku menjawab kuiz dan melakukan pembentangan sebaik mungkin pada hari khamis nie.

Jumaat, 7 Ogos 2009

masalah oh masalah...

Setiap manusia yang wujud mesti mempunyai masalah, samalah seperti saya insan biasa yang diuji oleh maha penciptanya. Hari ini saya ingin menceritakan kepada anda semua mengenai perjalanan tesis saya. Ungkapan "masalah" sesuai untuk digambarkan mengenai perjalanan tesis saya ini. Hari demi hari masa berlalu dengan begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak, sedar tak sedar sekarang dah masuk minggu kelima pengajian di universiti pada semesta ini. dengan ini bermakna hanya tinggal lima minggu lagi pembentangan proposal yang akan dijalankan. Di minggu kelima telah berlaku banyak pembentangan mengenai permasalahan kajian , ada yang dipuji ada juga yang baiki. Alhamdulillah pembentangan permasalah kajian saya telah selamat dijalankan, namun begitu diluar jangkaan saya bahawa tajuk yang saya bentangkan telah dibuat oleh senior linguistik yang lepas. Bertapa hancurnya hati ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tajuk dengan kosa imu yang dikumpul, dicari, dicatat, dibentang hanya sia-sia sahaja. Namun kini atas inisiatif diri dan keyakinan yang utuh, saya telah memikirkan tajuk yang baru untuk dibentangkan kepada penyelia saya yang dikasihi iaitu pn kalthum bt ibrahim pada isnin ini. Harap-harap dalam tempoh dua hari ini dapat saya mencari kosa ilmu dan menyediakan permasalahan kajian serta objektif untuk di bentangkan pada pn kalthum pada hari isnin ini.insya'allah.

Khamis, 6 Ogos 2009

perhatian....

salam kepada semua yang melayari blog anak emas. jika anda ingin hiburan dan maklumat mengenai bahasa thai dan lagu thai . sila layari alamat emeil yang telah di link kan di bawah ini... http://www.geocities.com/skbp1023_rozali08/ ...... sekian maklumat.. selamat berhibur dan menelaan pelajaran....hahaha

Selasa, 4 Ogos 2009

pencemaran bahasa

pencemaran bahasa ialah kesalahan yang dilakukan oleh penutur didalam kehidupan harian tidak kira sama ada kita sedar atau tidak. Antara jenis percemaran bahasa yang berlaku ialah bahasa rojak dan slanga. Apakah yang dimaksudkan denga bahasa rojak?
Dr teo yakin istilah bahasa rojak yang digunakan untuk merujuk kepada bentuk dan penggunaan yang mencampuradukan bahasa melayu dengan bahasa inggeris . (berita harian 24/12/08)
berdasarkan kenyataan diatas ini adapat saya simpulkan bahawa bahasa rojak sebagai pencampuran kod dalam komunikasi. bahasa rojak atau percampuran kod ini bukan sahaja berlaku secara lisan tetapi berlaku juga didalam komunikasi non verbal seperti iklan atau papan tanda yang memcampurkan dua bahasa didalam iklan atau papan tanda.


Buktinya didalam papan tanda bengkel






didalam iklan internet
kesalahan bahasa ini yang dilakukakan ini perlu ditangani dengan segara agar kita sebagai pengguna bahasa melayu dapat mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa yang diwarisi dari turun temurun lagi. jesteru itu saya tegaskan disini supaya perlu ada badan-badan ngo yang menangani masalah percemaran bahasa. ingat pepatah melayu ini "bahasa jiwa bangsa" "rosak bahasa rosaklah bangsa".