Jumaat, 28 Mei 2010

FIFA World Cup South Africa 2010 Official Theme Song

debaran makin terasa

Pejam celik- pejam celik dah nak masuk bulan jun dah. sedar-sedar jew musim world cup akan menjelma. world cup kali akan diadakan di negara afrika selatan. pasukan manakah yang menjadi juara pada kali ini. Adakah pasukan Azzuri akan menang menjadi juara kali ini atau pasukan brazil yang menampilkan ramai pemain-pemain muda merampas kejuaraan. bagaimanakah dengan pasukan-pasukan lain seperti sepanyol, portugis, argentina dan belanda yang mempunyai pemain-pemain terkemuka dan bagaimana pula dengan pasukan england dan france yang sentiasa menjadi pasukan pilihan setiap kali musim world bermula.
bagaimana pula dengan pasukan negara-negara asia yang kerap kali menjadi halangan dan rintangan bagi pasukan-pasukan negara dari benua lain ... persoalannya adakah mampu pasukan ini menghurungi peringkat kalah mati atau sekadar bermain di peringkat kumpulan sahaja...
jom bersama-sama kita meriahkan lagi world cup 2010 ini.

Sabtu, 6 Mac 2010

2 hadiah sekali gus... best 2..

pemberitahuan.... hari ahad ini seluruh ukm bakal menghadapi ganguan elektrik di seluruh kediaman.. namun begitu bagi kolej pendeta akan mendapat satu pakej yang amat berharga iaitu tiada air di blok a,b,g dan h. pakej tiada elektrik dan bekalan air ini hanya terdapat di kolej pendeta zaba ukm sahaja. oleh itu, di ucapkan sekalung taniah kepada semua mahasiswa-mahasiswa yang menetap di kolej tersebut...



pentingnya air dalam kehidupan seseorang..... hargai air selagi masih ada....
- pesanan kepada semua janganlah suka membazir




elektrik sumber yang amat diperlukan oleh semua manusia.
jika tiada elektrik satu malam maka bergelap la kita semua...




bayangkan jika anda hilang kedua-dua nikmat ini apa akan jadi....
jadi marilah kita sama-sama berjimat cermat... hahaha

Khamis, 4 Mac 2010

jangan main-main......teruskan melihat kehadapan tanpa menoleh ke belakang..

salam, dah lama aku tidak mengupdate blog nie.. al maklumlah dah tahun akhir, biasanya jika seseorang mahasiswa bila sebut jew tahun akhir pastinya tidak lari dengan penulisan ilmiah. Begitu jugalah dengan diri aku yang kecil seperti semua dimuka bumi yang luas terbentang nie. hahaha
apa yang aku ingin tulis hari ini ialah mengenai perihal penulisan ilmiahku ini yang tidak siap-siap lagi. hari dah semakin suntuk, waktu semakin suntuk tanpa disedari hari dah masuk minggu kesepuluh kuliah serta bulan 3.. bulan 3 merupakan bulan yang paling nazak bagi insan seperti diriku ini. apa lagi pening nga penulisan ilmiah ler...
hari semakin suntuk waktu pula berlalu jauh sedetik pun tidak pernah menunggu kita... kepada teman-teman seperjuangan juga harap ada dapat menghargai masa yang tinggal ini. isilah masa yang ada dengan penuh bertanggungjawab... jadilah insan yang menghargai masa. jom sama-sama siapkan penulisan ilmiah yanh kian dekat tarikh penghantarannya..

jom kita renung bersama-sama persoalan ini:

adakah masa menunggu kita ?
adakah kita seorang yang menghargai masa ?
sedarkah kita bahawa semakin hari semakin cepat berlalu ?
adakah masa yang ada kini dapat menyelesaikan masalah kita ?

fikir-fikirkan.....
renung-renungkan.....
hargailah masa anda yang anda walaupun tinggal sedetik pun....

Khamis, 28 Januari 2010

pkr (pilihan raya kampus) vs penang

salam sejahtera kepada semua mahasiswa ukm. diharapakan semuanya berada dalam keadaan baik. sebenarnya dah lama aku nie tak update blog tetiba jew arinie rajin nak update blogku nie. hari ini merupakan hari pembuangan undi bagi seluruh mahasiswa ukm. dimana bakal pemimpin akan dipilih dalam kalangan mahasiswa yang bertanding dlm pkr kali. siapa menang tak thu lagi samada gm ukm ataupun aspirasi ukm. Di ukm nie biasanya fenomena pertandingan kain rentang dan edaran no calon di setiap bilik pelajar mesti ada setiap tahun. pada tahun merupakan tahun terakhir bagi aku dan mamber yang seperjuangan untuk membuang undi, diharapkan kepada rakan-rakanku pagi-pagi esok keluar ler mengundi, jalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa walaupun anda sibuk dgn penulisan ilmiah sekali pun. pada hari esok juga adalah hari bagi diri ini pergi ke penang untuk melakukan tugasan kursus skbl 3123 dialektologi , dimana aku dan rakan-rakan akan bertolak ke penang untuk mengumpul data mengenai kata tanya dalam dialek utara.

sebut sahaja pergi pening membuatkan kepalaku pening. aku masih lagi kompuis dengan cara untuk mengutip data. hahaha ......
antara perkara yang sentiasa bermain d kepalaku ini apabila sebut pasal pergi penang :

1.barang-barang nak bawak pergi untuk ke penang dah cukup kew..?
2.agak-agak masa cukup kew nak kutip data nie
3. nak tanya soalan pew bila sampai sana
4. ada ke home stay bila sampai sana
5. kampung yg hdk pergi kumpul data 2 jauh tak dengan tempat menginap
6.nak jumpa sape bila sampai sana
7.bila dapat data nie nak tanda star kat ne
8.nak buat peta linguistik mcm mn
9. nak buat peta kg mcm mn
10. nak cari sape bila sampai kat sana...???

persoalan-persoalan inilah yang sentiasa muncul dalam mindaku ini yang sentiasa membuatkan diri ini berserabut. jikalau diberi pilihan sama ada hendak pergi atau tak , sudah tentulah aku memilih untuk tak nak pergi.. wakaka... sedap lagi tidur kat bilik daripad pergi kat penang.. hahahaa