Khamis, 20 Ogos 2009

kaca,emas atau permata...

ungkapkan atau kata-kata diatas iaitu kaca,emas atau permata sering kali didengar,kita lihat dan mungkin kita pernah memilikinya.kaca sifatnya tidak menentu.hal ini kerana kaca bila-bila masa sahaja akan pecah jika disepak atau terjatuh daripada tangan. emas dengan erti kata lain sifatnya berkilau-kilauan menyinari kegelapan malam. itu istilah yang paling berharga bagi menunjukkan bahawa tinggi nilai emas itu seperti juga perumpaan "masa itu emas" ini menunjukan sifatnya yang amat berharga itu.permata pula sifat amat berharga lebih daripada kaca atau emas. hal ini kerana permata merupakan satu entiti yang tinggi sifatnya. " seperti perumpaan melayu anak diibaratkan seperti permata hati setiap ibu . ini menujukan sifatnya yang terlalu tinggi dimata manusia berbanding dengan emas dan kaca itu.

kita sebagai rakyat malaysia sedar tak sedar sudah mengharungi tahun 2009, bermakna 11 tahun kita akan mengharungi tahun 2020 iaitu bersamaan dengan misi perdana menteri malaysia yang keempat WAWASAN 2020. adakah kita sebagai rakyat malaysia peka dengan perkembangan bahasa rasmi negara iaitu bahasa malaysia. Didalam aktikel ini yang ingin disampaikan oleh saya disini ialah apakah taraf atau perkembangan bahasa melayu kini berbanding dengan tahun atau zaman-zaman sebelum merdeka dahulu.

pada zaman dahulu kala iaitu zaman pemerintahan melaka bahasa melayu telah tersebar dengan meluas sekali, pada zaman itu bahasa melayu menjadi bahasa pengatar diseluruh dunia. Dengan perkembangan ekonomi melaka yang berasaskan urusan import-eksport dan tempat srategik menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengatar dunia. Hal ini menunjukan bahawa tingginya martabat bahasa melayu pada zaman melaka dahulu. ia boleh diibaratkan seperti permata yang bersinar-bersinar menyinari bumi yang bertuah ini.

Namun,pada zaman penjajah british dan jepun pula bahasa melayu hanya dianggap sebagai bahasa kedua selain dituturkan dalam aktiviti harian.Bahasa rasmi pada masa itu ialah bahasa english. Penjajah telah memasukan eleman english kepada sistem bahasa melayu. Hal ini terbukti dengan perkembangan sekolah pada masa itu, dimana disekolah kebangsaan menggunakan bahasa english sebagai bahasa rasmi dan pelajar-pelajar lepasan sekolah english dipandang tinggi oleh masyarakat pada zaman itu berbanding dengan pelajar lepasan sekolah aliran agama (melayu). Hal ini boleh diibaratkan seperti kaca...

Selepas penjajah english dan perang dunia kedua, iaitu sejak kemerdekaan bahasa malaysia digariskan sebagai bahasa rasmi negara. Perkara ini bermakna bahasa malaysia menjadi tunjang kepada perkembangan negara.Segala urusan rasmi dijalankan didalam bahasa melayu , perkara ini meningkatkan lagi martabat bahasa melayu jika dibandingkan dengan dengan zaman penjajahan dahulu. Hal ini boleh diibarat seperti emas yang tinggi nilai menerangi hati dan jiwa anak bangsa.

Pada abad ke 20 ini kita sebagai rakyat dikejutkan dengan dasar-dasar dan perkembangan pembangunan negara sehingga kita digariskan sebagai negara yang sedang membangun.Namun sejak pelaksanaan dasar ppsmi didalam sistem pendidikan negara telah menjadikan bahasa malaysia sebagai bahasa yang kaku dengan perkembangannya.Bahasa penjajah menjadi pangatar bagi mata pelajar sains dan matametik. Hal ini mengeruhkan dan menjatuhkan martabat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara ini tidak bertempatan dengan hasrat perdana menteri kita yang keempat dengan wawasan 2020nya. Dimana dalam wawasan 2020 itu menyatakan bahawa kita akan maju dengan acuan sendiri. Persoalannya jika kita menggunakan bahasa english sebagai bahasa rasmi dalam ppsmi Adakah menepati ciri-ciri wawasan 2020 iaitu mengikut acuan sendiri. Zaman ini boleh ibarat seperti apa.....
pembaca-pembaca tentukan.

~adakan bahasa malaysia akan menjadi bahasa seperti emas,kaca atau permata~

~tepuk dada tanya selera~

anda sebagai rakyat malaysia yang menentukan nilai dan martabat bahasa malaysia sebagai apa.....

fikir-fikirkan,renung-renungkan...........
bahasa menujukkan bangsa
bahasa jiwa bangsa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan