Rabu, 14 Oktober 2009

proposal....

pagi tadi pembentangkan proprosal ku bermula, teruk giler kena tanya dek pensyarah. seperti yang dijangka pensyarah yang paling disengani dan digeruni oleh pelajar linguistik bagi pembentangan proposal ada, pensyarah berkenaan adalah en azlan. jangkaan pelajar- pelajar linguistik tahun tiga memang tepat. teguran-teguran yang di keluarkan oleh amat dasyat dan ganas. pada pembentangan proprosal ku takdi, di tanya dengan pelbagai soalan-soalan yang lasak dan persoalan-persoalan yang dikemukan oleh beliau amat sukar dijawab.
tapi selepas pembentangan selesai perasaan gemuruh dan gemetar dah hilang serta merta.. hahahaha perasaan seronok tak terkata, kepada rakan-rakan yang belum bentang proprosal lagi di harapkan dapat membentangkan proposal ada dengan jayanya...

Khamis, 8 Oktober 2009

hari-hari sebelum pembentangan propasal bermula...

salam kepada semua....
dah lama rasanya saya tak post berita kat blog nie. sibuklah katakan... hahahaha
penat betul minggu selepas sambut hari lebaran ini. banyak peristiwa yang berlaku pada minggu selepas lebaran ini. antara program yang telah berjalan ialah program silk, pembentangan metodologi kajian, hidup ini rasa huru-hara sejak kebelakangan ini.
mana taknye.... banyak betul agsment yang harus disiapkan sebelum menghadapi exam. pada hari rabu minggu depan pulak adalah hari pembentangan proposal .... harap2 berjalan dengan lancar....

Rabu, 16 September 2009

salam lebaran

salam sejahtera dan salam lebaran diucapkan kepada semua terutama kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Di sini saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua rakan-rakan terutamanya rakan satu kos, jika ada saya melakukan kesalahan dan kesilapan di harapkan saudara dan saudari tidak menyimpan perasaan marah di hati.

selamat hari raya :

salam kemaafan di pinta


selamat hari raya : maaf zahir batin


Isnin, 7 September 2009

salam perjuangan kepada semua...

pada 31 ogos kita menyambut hari kemerdekaan kita iaitu hari dimana kita bebas daripada taklukan penjajah bristh. tanggal 31 ogas merupakan tarikh keramat bagi kita semua sebagai rakyat malaysia. pada minggu nie iaitu minggu kesembilan kita pada semua pelajar-pelajar linguistik tahun 3 ukm akan menghadapi dua cabaran yang besar iaitu kuiz. kuiz yang akan diadakan minggu nie meliputi subjek major kita semua iaitu linguistik komputer pada hari selasa yang bernilai 10% dan kuiz bagi subjek psikolinguistik pada keesokan harinya iaitu hari rabu . kuiz psikolinguistik ini bernilai 20%. diharapkan semua rakan-rakan seperjuangan sekelian berjuanglah untuk menghadapi cabaran ini. diharapkan semua rakan-rakan saya hormati sekalian memberikan fokus yang lebih untuk menghadapi kuiz yang akan diadakan ini. saya sebagai rakan anda sekelian mendoakan kejayaan anda dan berharap kita sama-sama dapat menjawab kuiz yang bakal diadakan itu. semoga perjalanan kita dalam menjadi mahasiswa ukm ini direstui oleh yang maha kuasa ALLAH S.W.T dan diberikannya segal hidayah dan pertunjuk untuk menjadi mahasiswa yang berketrampilan dan berjaya dalam apa bidang yang akan kita hadapi di mana mendatang..

salam perjuangan kepada semua....

Isnin, 31 Ogos 2009

salam kemerdekaan.......


sedar tak sedar dah kali ke 52 negara kita merdeka. pada tahun ini kita sambung kemerdekaan di dalam bulan mulia iaitu bulan ramadhan. Didalam bulan mulia ini kita menyambut hari kemerdekaan dengan doa selamat. itulah yang seelok-elok dilakukan bagi menyambut hari kemenangan rakyat malaysia dan mendaulat negara,bangsa dan agama. di harap dengan sambutan kemerdekaan yang sederhana ini kita dapat mengurangkan segala dosa dan maksiat berbanding dengan sambutan yang seringkali di adakan di dataran merdeka pada setiap kali bunga api di letupan maka pesta maksiat bermula. sambutan kemerdekaan kali ini ,diharapkan tiada lagi konflik politik dikalangan pemimpin negara berlaku dan diharapkan juga ekonomi negara bertambah maju serta segala pembangunan yang dirancang untuk rakyat malaysia berjalan lancar.

Khamis, 20 Ogos 2009

kaca,emas atau permata...

ungkapkan atau kata-kata diatas iaitu kaca,emas atau permata sering kali didengar,kita lihat dan mungkin kita pernah memilikinya.kaca sifatnya tidak menentu.hal ini kerana kaca bila-bila masa sahaja akan pecah jika disepak atau terjatuh daripada tangan. emas dengan erti kata lain sifatnya berkilau-kilauan menyinari kegelapan malam. itu istilah yang paling berharga bagi menunjukkan bahawa tinggi nilai emas itu seperti juga perumpaan "masa itu emas" ini menunjukan sifatnya yang amat berharga itu.permata pula sifat amat berharga lebih daripada kaca atau emas. hal ini kerana permata merupakan satu entiti yang tinggi sifatnya. " seperti perumpaan melayu anak diibaratkan seperti permata hati setiap ibu . ini menujukan sifatnya yang terlalu tinggi dimata manusia berbanding dengan emas dan kaca itu.

kita sebagai rakyat malaysia sedar tak sedar sudah mengharungi tahun 2009, bermakna 11 tahun kita akan mengharungi tahun 2020 iaitu bersamaan dengan misi perdana menteri malaysia yang keempat WAWASAN 2020. adakah kita sebagai rakyat malaysia peka dengan perkembangan bahasa rasmi negara iaitu bahasa malaysia. Didalam aktikel ini yang ingin disampaikan oleh saya disini ialah apakah taraf atau perkembangan bahasa melayu kini berbanding dengan tahun atau zaman-zaman sebelum merdeka dahulu.

pada zaman dahulu kala iaitu zaman pemerintahan melaka bahasa melayu telah tersebar dengan meluas sekali, pada zaman itu bahasa melayu menjadi bahasa pengatar diseluruh dunia. Dengan perkembangan ekonomi melaka yang berasaskan urusan import-eksport dan tempat srategik menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengatar dunia. Hal ini menunjukan bahawa tingginya martabat bahasa melayu pada zaman melaka dahulu. ia boleh diibaratkan seperti permata yang bersinar-bersinar menyinari bumi yang bertuah ini.

Namun,pada zaman penjajah british dan jepun pula bahasa melayu hanya dianggap sebagai bahasa kedua selain dituturkan dalam aktiviti harian.Bahasa rasmi pada masa itu ialah bahasa english. Penjajah telah memasukan eleman english kepada sistem bahasa melayu. Hal ini terbukti dengan perkembangan sekolah pada masa itu, dimana disekolah kebangsaan menggunakan bahasa english sebagai bahasa rasmi dan pelajar-pelajar lepasan sekolah english dipandang tinggi oleh masyarakat pada zaman itu berbanding dengan pelajar lepasan sekolah aliran agama (melayu). Hal ini boleh diibaratkan seperti kaca...

Selepas penjajah english dan perang dunia kedua, iaitu sejak kemerdekaan bahasa malaysia digariskan sebagai bahasa rasmi negara. Perkara ini bermakna bahasa malaysia menjadi tunjang kepada perkembangan negara.Segala urusan rasmi dijalankan didalam bahasa melayu , perkara ini meningkatkan lagi martabat bahasa melayu jika dibandingkan dengan dengan zaman penjajahan dahulu. Hal ini boleh diibarat seperti emas yang tinggi nilai menerangi hati dan jiwa anak bangsa.

Pada abad ke 20 ini kita sebagai rakyat dikejutkan dengan dasar-dasar dan perkembangan pembangunan negara sehingga kita digariskan sebagai negara yang sedang membangun.Namun sejak pelaksanaan dasar ppsmi didalam sistem pendidikan negara telah menjadikan bahasa malaysia sebagai bahasa yang kaku dengan perkembangannya.Bahasa penjajah menjadi pangatar bagi mata pelajar sains dan matametik. Hal ini mengeruhkan dan menjatuhkan martabat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara ini tidak bertempatan dengan hasrat perdana menteri kita yang keempat dengan wawasan 2020nya. Dimana dalam wawasan 2020 itu menyatakan bahawa kita akan maju dengan acuan sendiri. Persoalannya jika kita menggunakan bahasa english sebagai bahasa rasmi dalam ppsmi Adakah menepati ciri-ciri wawasan 2020 iaitu mengikut acuan sendiri. Zaman ini boleh ibarat seperti apa.....
pembaca-pembaca tentukan.

~adakan bahasa malaysia akan menjadi bahasa seperti emas,kaca atau permata~

~tepuk dada tanya selera~

anda sebagai rakyat malaysia yang menentukan nilai dan martabat bahasa malaysia sebagai apa.....

fikir-fikirkan,renung-renungkan...........
bahasa menujukkan bangsa
bahasa jiwa bangsa....