salam sejahtera kepada semua mahasiswa ukm. diharapakan semuanya berada dalam keadaan baik. sebenarnya dah lama aku nie tak update blog tetiba jew arinie rajin nak update blogku nie. hari ini merupakan hari pembuangan undi bagi seluruh mahasiswa ukm. dimana bakal pemimpin akan dipilih dalam kalangan mahasiswa yang bertanding dlm pkr kali. siapa menang tak thu lagi samada gm ukm ataupun aspirasi ukm. Di ukm nie biasanya fenomena pertandingan kain rentang dan edaran no calon di setiap bilik pelajar mesti ada setiap tahun. pada tahun merupakan tahun terakhir bagi aku dan mamber yang seperjuangan untuk membuang undi, diharapkan kepada rakan-rakanku pagi-pagi esok keluar ler mengundi, jalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa walaupun anda sibuk dgn penulisan ilmiah sekali pun. pada hari esok juga adalah hari bagi diri ini pergi ke penang untuk melakukan tugasan kursus skbl 3123 dialektologi , dimana aku dan rakan-rakan akan bertolak ke penang untuk mengumpul data mengenai kata tanya dalam dialek utara.
sebut sahaja pergi pening membuatkan kepalaku pening. aku masih lagi kompuis dengan cara untuk mengutip data. hahaha ......
antara perkara yang sentiasa bermain d kepalaku ini apabila sebut pasal pergi penang :
1.barang-barang nak bawak pergi untuk ke penang dah cukup kew..?
2.agak-agak masa cukup kew nak kutip data nie
3. nak tanya soalan pew bila sampai sana
4. ada ke home stay bila sampai sana
5. kampung yg hdk pergi kumpul data 2 jauh tak dengan tempat menginap
6.nak jumpa sape bila sampai sana
7.bila dapat data nie nak tanda star kat ne
8.nak buat peta linguistik mcm mn
9. nak buat peta kg mcm mn
10. nak cari sape bila sampai kat sana...???
persoalan-persoalan inilah yang sentiasa muncul dalam mindaku ini yang sentiasa membuatkan diri ini berserabut. jikalau diberi pilihan sama ada hendak pergi atau tak , sudah tentulah aku memilih untuk tak nak pergi.. wakaka... sedap lagi tidur kat bilik daripad pergi kat penang.. hahahaa
Khamis, 28 Januari 2010
Ahad, 1 November 2009
air oh air....
pada 31/10/09 adalah detik dimana berlaku satu lagi masalah bagi pelajar yang menetap di kolej pendeta zaba. penghuni-penghuni di kolej pendeta zaba ini telah mengalami masalah yang agak tragis iaitu ketiadaan air yang melampau. pada tarikh keramat ini peristiwa ketiadaan air berulang lagi.mengapakah bekalan diputuskan pada musin-musin peperiksaan ini. sedarkan pihak kolej bahawa terdapat pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan pada tarikh ini.
pada pengamatan saya, sepajang 2 tahun setengah saya menempat di kolej ini peristiwa ketiadaan sering kali berlaku di setiap sem. maka timbulan persoalan di hati ini bahawa "adakah memutuskan bekalan air kepada pelajar adalah rutin pihak kolej bagi setiap semesta????
hasil daripada peristiwa ini saya mendapat satu ingatan yang penting iaitu : bersyukurlah dengan apa yang ada dan penting air dalam kehidupan kita. cuba pembaca bayangkan jika bekalan air mentah tiada selama satu minggu apa yang dapat kita buat..... cuba fikir-fikirkan dan renung-renungkan....

Isnin, 26 Oktober 2009
Rabu, 14 Oktober 2009
proposal....
pagi tadi pembentangkan proprosal ku bermula, teruk giler kena tanya dek pensyarah. seperti yang dijangka pensyarah yang paling disengani dan digeruni oleh pelajar linguistik bagi pembentangan proposal ada, pensyarah berkenaan adalah en azlan. jangkaan pelajar- pelajar linguistik tahun tiga memang tepat. teguran-teguran yang di keluarkan oleh amat dasyat dan ganas. pada pembentangan proprosal ku takdi, di tanya dengan pelbagai soalan-soalan yang lasak dan persoalan-persoalan yang dikemukan oleh beliau amat sukar dijawab.
tapi selepas pembentangan selesai perasaan gemuruh dan gemetar dah hilang serta merta.. hahahaha perasaan seronok tak terkata, kepada rakan-rakan yang belum bentang proprosal lagi di harapkan dapat membentangkan proposal ada dengan jayanya...

Khamis, 8 Oktober 2009
hari-hari sebelum pembentangan propasal bermula...
salam kepada semua....
dah lama rasanya saya tak post berita kat blog nie. sibuklah katakan... hahahaha
penat betul minggu selepas sambut hari lebaran ini. banyak peristiwa yang berlaku pada minggu selepas lebaran ini. antara program yang telah berjalan ialah program silk, pembentangan metodologi kajian, hidup ini rasa huru-hara sejak kebelakangan ini.
mana taknye.... banyak betul agsment yang harus disiapkan sebelum menghadapi exam. pada hari rabu minggu depan pulak adalah hari pembentangan proposal .... harap2 berjalan dengan lancar....

Rabu, 16 September 2009
salam lebaran
salam sejahtera dan salam lebaran diucapkan kepada semua terutama kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini. Di sini saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua rakan-rakan terutamanya rakan satu kos, jika ada saya melakukan kesalahan dan kesilapan di harapkan saudara dan saudari tidak menyimpan perasaan marah di hati.
Isnin, 7 September 2009
salam perjuangan kepada semua...
pada 31 ogos kita menyambut hari kemerdekaan kita iaitu hari dimana kita bebas daripada taklukan penjajah bristh. tanggal 31 ogas merupakan tarikh keramat bagi kita semua sebagai rakyat malaysia. pada minggu nie iaitu minggu kesembilan kita pada semua pelajar-pelajar linguistik tahun 3 ukm akan menghadapi dua cabaran yang besar iaitu kuiz. kuiz yang akan diadakan minggu nie meliputi subjek major kita semua iaitu linguistik komputer pada hari selasa yang bernilai 10% dan kuiz bagi subjek psikolinguistik pada keesokan harinya iaitu hari rabu . kuiz psikolinguistik ini bernilai 20%. diharapkan semua rakan-rakan seperjuangan sekelian berjuanglah untuk menghadapi cabaran ini. diharapkan semua rakan-rakan saya hormati sekalian memberikan fokus yang lebih untuk menghadapi kuiz yang akan diadakan ini. saya sebagai rakan anda sekelian mendoakan kejayaan anda dan berharap kita sama-sama dapat menjawab kuiz yang bakal diadakan itu. semoga perjalanan kita dalam menjadi mahasiswa ukm ini direstui oleh yang maha kuasa ALLAH S.W.T dan diberikannya segal hidayah dan pertunjuk untuk menjadi mahasiswa yang berketrampilan dan berjaya dalam apa bidang yang akan kita hadapi di mana mendatang..
salam perjuangan kepada semua....
salam perjuangan kepada semua....
Langgan:
Catatan (Atom)