Jumaat, 31 Julai 2009

BANGKEL PENYEDIAAN (LATIAHAN ILMIAH) SATU PERMULAAN....

pada tarikh keramat iaitu pada 15/07/2009 bersamaan dengan hari rabu bertempat di bilik tayangan 1 di pbbl telah diadakan bangkel penyediaan latihan ilmiah oleh pensyarah-pensyarah lingustik ukm adalah satu permulaan bagi diriku untuk mencari idea untuk membuat tesis. pada hari keramat itu,kami seramai 37 orang pelajar linguistik ukm telah mendengar titipan cemarah oleh pensyarah - pensyarah dengan bersemangat waja.program bermula pada pukul 8 pagi iaitu dengan proses pendaftaran perserta dan seterusnya dirasmikan oleh ketua program iaitu Prof.madya.Dr.Idris Aman. seterusnya bangkel 1 dimulakan dengan prof .Dr.Zaharani Ahmad yang menerangkan tentang konsep latihan ilmiah, apa itu latihan ilmiah,mengapa perlu membuat latihan ilmiah dan seterusnya beliau ada menyatakan bahawa pelajar linguistik adalah satu program yang mana pelajarnya berjaya menyiapkan latihan dengan masa yang tepat. aku sangat berbangga dengan pencapaian pelajar senior dan barjanji akan menyiap latihan ilmiah dengan waktu yang ditetapkan. Setelah bengkel 1 tamat,kami diberikan masa untuk minum pagi ,selepas minum pagi berakhir kami dibekalkan dengan ceramah yang mantap oleh Prof.Madya.Dr.Idris Aman yang menerangkan bagaimana pelajar untuk membentuk persoalan kajian. Beliau menyatakan ada tahap untuk membentuk soalan iaitu dengan baca,rasa atau iminginasi,periksa dan peka. beliau juga ada menyatakan bahawa untuk menyakinkan seseorang seperti iklan menjual sabun. "dimana jika sabun x adalah baik maka sabun kita adalah lebih baik daripada sabun x. Kami seterusya diberi ceramah oleh Dr Fazal mohamad Sultan mengenai kerja lapangan.Beliau menjelaskan tentang kaedah kerja lapangan dan teknik-teknik untuk mengumpul data di lapangan, seterusnya beliau meninggalkan kami dengan dua falsafah iaitu teori tanpa data ialah usaha sia-sia, data tanpa teori ialah usaha buta (c.Wright Mills): falsafah kedua pula yang bermakna iaitu ulasan Godfrey Lienhardt iaitu
-hubungan antara teori dan data itu seperti menyediakan 'gulai gajah beperisa arnab'
-resepi tersebut memerlukan seekor gajah yang mewakili data,dan seekor arnab yang mewakili teori
-rahsianya ialah bagaimana mengolahkan kedua-duanya supaya apabila gulai itu masak,rasa arnab yang timbul,bukan rasa gajah.. (fikir-fikirkan ...renung-renungkan)

kami seterusya diberi rehat selama satu jam iaitu makan tengah hari dan solat zohor. Bangkel seterusnya diteruskan dengan ceramah Dr.Fadzeli Jaafar mengenai kosa ilmu, banyak ilmu yang berguna yang aku dapat daripada ceramah ini. Dimana lompangnya kajian pengkaji dahulu untuk dibaik pulih untuk membentuk pengkajian baru. ceramah seterusnya disampaikan oleh Dr.Norsimah Mat Awal dengan tajuk kajian perpustakaan ,dimana beliau menjelaskan tentang kajian teks,analisis kajian teks dan korpus kajian. Bangkel seterusnya disampaikan oleh Pn harishon radzi mengenai strategi-strategi menulis latihan ilmiah dimana beliau telah menyatakan bahawa penyediaan draf perancangan adalah penting bagi membuat sesuatu kajian.
Akhirnya ceramah di sampaikan oleh Dr Norsimah sekali lagi mengenai gaya ukm. Dimana kami dijelaskan mengenai gaya penulisan yang patut di lakukan mengikut gaya ukm. Beliau menekankan tentang mengistiharkan data yang diambil daripada mana-man buka,online ataupun journal. pengistiharan ini harus dilakukan supaya tidak berlaku plagiat.
selepas bangkel tamat kami diberikan penyelia masing-masing. Dimana aku dibawah seliaan pn kalthum ibrahim bersama-sama 4 orang rakan yang lain iaitu nazree,elani murni dan liza kc. aku merasakan cukup bertuah berada dibawah seliaan pn kalthum, hal ini kerana pn kalthum adalah pilihan pertama aku dalam borang li. Pn kalthum juga seorang baik hati serta terkenal dengan slongan "sabarrrr je.. la". ini menunjukkan sifatnya sabar dengan kerenah pelajar-pelajarnya..huhu

khas buat pelajar linguistik ukm (tahun 3)

kepada semua pelajar linguistik tahun 3....
jom join blog aku.....diharap dengan adanya blog anak emas ini dapat kita mengeratkan hubungan silaturahim serta berkongsi pendapat mengenai subjek-subjek yang diambil untuk semesta ini. huhu...

Khamis, 30 Julai 2009

salam perkenalan

salam perkenalan kepada semua blogger , tidak kira dimana saja anda berada. Disini saya sebagai pemilik blog anak emas ingin mengucapkan salam perkenalan kepada semua yang menbaca blog ini. Blog ini ditubuhkan adalah mencatat diari hidup saya ,segala luahan saya mengenai sesuatu fenomena yang berlaku adalah pendapat dan perspesi saya semata-mata. Segala komen yang diterima samaada yang mengkritik dan yang menyokong amat dialu-alukan. Hal ini kerana segala komen anda berikan akan memantapkan lagi pandangan saya terhadap sesuatu fenomena yang berlaku di alam fana ini... hahaha...
salam perkenalan .....